Jumat, 06 Mei 2011

Dasyatnya sabar


Sabar bukan subjek kecil dalam ajaran Islam. Sabar adalah sebahagian daripada iman (Rekod Imam Ibnu Majah).

Apa-apa perkara yang berkait iman alias akidah, maka ia bukan perkara yang boleh dipandang enteng.

Di dalam Al-Qur’an, Allah menyebut tentang sabar sebanyak lebih 90 kali. Dengan angka yang begitu besar tentu sahaja saranan sabar ini sangat tegas dan utama dalam agama.

Para sarjana Islam menjelaskan 3 dimensi sabar yang dituntut.

1. Sabar dalam mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Contohnya ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar yang sarat di tengah-tengah padang pasir. Kerana taatkan perintah Allah dan sabar dalam menunaikannya, Ibrahim dan Hajar tetap dengan apa yang diperintahkan.

2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Pengarang buku ini mengemukakan kisah seorang anak gadis yang mengingkari arahan ibunya untuk mencampurkan susu dengan air. Hal ini didengari oleh Khalifah Umar ketika itu. Lalu Umar mengarahkan anak lelakinya yang bernama Ashim untuk meminang gadis ini untuk dijadikan isteri. Maka dari zuriat ini nanti lahirnya Umar b Abdul Aziz.

3. Sabar dalam menerima musibah atau ujian dari Allah. Kisah ujian terhadap Nabi Allah Ayub yang diuji dengan kemiskinan dan penyakit yang teruk. Namun Nabi Ayub tetap beriman dan bersyukur dengan Allah.

Naskah buku ini sangat baik kupasannya. Memuat ayat-ayat Qur’an tentang sabar dan hadith-hadith tentang sabar. Juga kisah-kisah teladan manusia-manusia yang sabar.

Tidak ada komentar: